Usiamu bakal meningkat lagi tahun hadapan. Apa yang sudah kau sumbangkan wahai manusia? Apakah kau sudah puas dengan amal ibadatmu? Apa yang telah kau lakukan selama kau masih bernafas ini? Daripada saat kau dilahirkan hinggalah ke saat kau membaca tulisan ini.
Adakah kau telah banyak berubah berbanding dahulu? Ataupun kau semakin hanyut ke belakang? Apakah tarbiyah itu bena-benar konkrit di dalam dirimu? Ataupun kau kecundang juga dengan godaan nafsu dan Iblis? Apa yang kau sudah lalui selama ini, adakah kau yakin bahwa kau benar-benar layak untuk Syurga Allah?
Mampukah kau kenang kembali dosa-dosamu selama ini yang tak terkira? Mampukah kau? Mampukah? Adakah amal perbuatanmu benar-benar mencerminkan cahaya Islam? Adakah Islam itu benar-benar kemas di hatimu? Atau hanya boneka semasa kau mahu sahaja?
Adakah kau benar-benar sudah berjuang untuk agama Allah ini? Ataupun kau hanya menjadi pemerhati kebangkitan Islam sahaja? Adakah kau masih biasa walaupun sudah lama kau ikuti usrah? Hanya dirimu dan hatimu sahaja yang bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan ini dengan tulus.
Orang lain tak akan mampu untuk menjawabnya. Kerna ianya adalah seuntai kata untuk dirasa. Yang bisa dirasa oleh empunya diri sahaja. Hanya kau yang mampu untuk menjawabnya.
Opick-Rapuh
8 comments:
sesiapa yang mampu mnjadi raja kpd hatinya maka dia berjaya mnjawb soalan2 anta dgn gembira..
sesiapa yang mnjdi hamba kpd hatinya... anda tahu jwpnya! =)
benar wahai akhi!
byk jgk soalan nya
maka banyak juga nak kita kena jawab. :D
satu prkara yg kerap terlintas dlm hati...bile akk melihat tulisan2 macam ni... 'org yg mengambil berat tentg tarbiyahnya' mempunyai bahasa yg sama. erm faham ke?
bahasa? hmmm, ana rasa ana faham apa yg akak nak cakap..
kebetulan kot. ^^
sukar utk explain bnde2 tersirat ni. =)
kebetulan yg Allah aturkan. kalau kita baca blog2 orang tarbiyah (yg mnghayati tarbiyahnya).. bila dia muhasabah, mesti dia akan merintih dan muhasabah pada perkara yang hampir sama atau sama.. mreka akan muhasabah tentang diri y masih 'kurang' walaupun ada yang sudah lama berada dalam tarbiyah. itulh 'bahasa yg sama' yg akk mksudkan. wallahua'lam.
teringat ada hadis rasanya.
mksudnya lebih kurang mcm ni. "sesiapa yg merasakan dirinya sudah cukup baik utk Syurga Allah, maka amalnya memang tak pernah cukup"
wallahu 'alam.
Post a Comment