Thursday, April 22, 2010

Parlimen Hulu Selangor: BN atau PKR?

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Debaran Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor kian terasa. BN diwakili oleh Ketua Penerangan Pusat MIC, Saudara P.Kamalanathan. Sementara PKR pula diwakili oleh bekas Menteri, Datuk Zaid Ibrahim. Tiada banyak yang untuk diperkatakan. Cuma secara tiba-tiba profil dan sejarah Datuk Zaid Ibrahim diungkap. Perkara yang sama tidak berlaku kepada calon BN pada pilihan raya kecil kali ini.

Ramai beranggapan barisan pembangkang yang dianggotai oleh PKR, PAS dan DAP tidak mampu untuk mencalarkan imej bersih P.Kamalanathan. Jika BN menang kali ini, ianya bakal menjadi seakan-akan batu loncatan untuk BN kembali bernafas lega. Jika tidak, BN perlu bekerja lebih kuat lagi untuk membersihkan imej. Pembangkang juga mahu menang apatah lagi krisis dalaman PKR yg makin hangat berlaku dengan penarikan diri para pemimpinnya daripada parti tersebut. Jika PKR berjaya ditumbangkan BN pada pilihan raya kecil ini, ianya adalah suatu cerminan sokongan rakyat terhadap PKR yang semakin merudum.

Saya tidak berminat untuk berkempen terhadap mana-mana pihak pada posting kali ini kerana saya bukanlah ahli ataupun pemimpin kepada parti-parti ini. Hanya sekadar membuat sedikit penganalisaan dan penelitian sebagai rakyat negara ini terhadap perkembangan politik nasional masa kini. Semuanya terletak di tangan para pengundi. Terpekik berkempen tidak mencerminkan sebarang peluang untuk menang. Semoga para pengundi memilih pihak yang terbaik untuk bumi Hulu Selangor.

Selamat mengundi untuk para penduduk Hulu Selangor!

3 comments:

Anonymous said...

BN mampu menang!

Beejan said...

Dh menang pon..

amir ariff said...

tok sah la terlalu taksub dengan politik..

Pages