Dengan nama Allah yang Maha Pencinta.
Pada posting kali ini, saya berasa terpanggil untuk mengutarakan isu seperti yg telah saya jadikan sebagai tajuk pada penulisan saya kali ini. Kenapa Parlimen disalah guna. Saya cuba fokus kepada isu "1 Malaysia =1 Israel". Isu ini telah dimulakan oleh Ketua Pembangkang di sidang parlimen beberapa hari yang lepas.
Apa yang menyebabkan saya tidak berpuas hati adalah kerana Parlimen bukanlah tempat untuk mana-mana parti politik membuat sebarang perkara yang akan memberikan keuntungan peribadi masing-masing. Parlimen adalah tempat yang mana Wakil-Wakil Rakyat yang telah dipilih dalam pilihan raya untuk menyuarakan pendapat dan berbincang untuk kepentingan agama, rakyat dan negara.
Isu yang diketengahkan oleh Ketua Pembangkang ini jelas tidak selari dengan objektif penubuhan Parlimen itu sendiri. Jika mahu memburukkan parti lawan, gunakanlah alternatif lain. Parlimen sama sekali bukan tempatnya. Parlimen adalah untuk kepentingan rakyat. Bukan untuk publisiti murahan ataupun tempat untuk menyerang apa-apa perkara yang bersifat peribadi mana-mana wakil rakyat.
Saya juga berasa pelik, Ketua Pembangkang ini tidak membuat sebarang homework kah tentang gagasan 1 Malaysia ini. Sehinggan sanggup mengatakan bahawa gagasan ini meniru konsep 1 Israel yang sebenarnya tidak pernah sama sekalipun kerana konsep 1 Israel ini adalah gagasan yang dicanang oleh 3 parti politik Israel untuk bergabung dalam pilihan raya negara itu.
Saya sangat risau jika ada rakyat jelata yang termakan dengan propaganda kafir-mengkafir ini. Kenapa sesama Muslim harus bergaduh dengan menggunakan isu musuh Islam. Konsep 1 Israel yang dituduh oleh Ketua Pembangkang ini sangat jauh berbeza dengan roh dan semangat 1 Malaysia yang mana secara amnya 1 Malaysia ini adalah untuk mempuk perpaduan negara di samping menggalakkan 8 konsep kendiri.
8 Nilai kendiri yang ingin dipupuk dalam gagasan 1 Malaysia adalah seperti berikut:
Nilai 1: Budaya Kecemerlangan
Nilai 2: Ketabahan
Nilai 3: Rendah Hati
Nilai 4: Penerimaan
Nilai 5: Kesetiaan
Nilai 6: Pendidikan
Nilai 7: Integriti
Nilai 8: Meritrokasi
Nilai 2: Ketabahan
Nilai 3: Rendah Hati
Nilai 4: Penerimaan
Nilai 5: Kesetiaan
Nilai 6: Pendidikan
Nilai 7: Integriti
Nilai 8: Meritrokasi
Sekali lagi saya sebagai seorang rakyat Malaysia ingin mengingatkan semua Ahli Parlimen, jangan salahgunakan Parlimen. Parlimen adalah untuk kepentingan rakyat jelata. Anda adalah wakil kami. Bukan untuk kepentingan mana-mana parti politik atau para pemimpin termasuklah pihak kerajaan mahupun pakatan pembangkang. Jangan sehingga rakyat jelata hilang hormat terhadap YB-YB sekalian.
3 comments:
aku sokong sgt post ko ni.
tym bersidang kat parlimen tu,gune la peluang tu betol2 utk utarakan masalah rakyat.
saluran utk pembangkang dah byk kot.
bia la saluran yg betol utk tujuan yg betol.
isu 1 malaysia ditimbulkan smata2 demi kepentingan parti dan diri sendiri.kalo ada pun kepentingan rakyat,cuma sekelumit ja.
wallahualam
dah boring dgn YB-YB yang jadikan parlimen mcm pasar...
Ape lg, jom beli ikanla kt parlimen kalo cmtu..
Post a Comment