Thursday, March 12, 2009

Kekebalan Sultan-Sultan Masih Terpelihara

Assalamualaikum wbt. Selamat sejahtera.

1. Sejak peristiwa pelantikan Menteri Besar negeri Perak yang baru, saya ada terdengar dan terbaca beberapa blog sahabat-sahabat saya yang mempertikaikan keputusan tersebut. Itu satu hal. Ada yang lebih lantang mengatakan bahawa Pakatan Rakyat sebenarnya tidak menderhaka kepada Sultan Perak atau dalam ertikata lain, institusi beraja.

2. Sebaliknya mereka acap kali memainkan modal bahawa Barisan Nasional atau UMNO lah yang sebenarnya telah menderhaka kepada sultan kerana meminda perlembagaan pada tahun 1993 yang menyebabkan sultan-sultan kehilangan imuniti dan menyebabkan sultan-sultan boleh didakwa.

3. Saya tergelak apabila mendengarkan pendapat ini. Hal ini kerana mereka yang mempunyai pendapat sebegini sebenarnya cetek pengetahuan dalam bidang undang-undang. Biar saya jelaskan apakah sebenarnya keimunitian raja-raja yang telah dipinda. Jika salah, tolong betulkan.

4. Sebenarnya apa yang dipinda pada tahun 1993 itu adalah keimunitian raja-raja yang bersifat peribadi. Maksudnya di sini, segala tindakan seseorang sultan yang bertindak di atas kapasiti sebagai seorang sultan tidak boleh didakwa ataupun disaman. Imunitinya masih ada. Tidak hilang pun keimunitian itu seperti yang didakwa oleh pakatan pembangkang. Disebabkan itulah Peguam Karpal Singh yang berdegah-degah mengatakan "Anwar Ibrahim harus bertaubat!" suatu ketika dulu yang ingin menyaman Sultan Perak hanya mendiamkan diri tentang isu ini sekarang.

5. Baik, apa pula sebenarnya yang dipinda pada tahun 1993 tersebut? Perkara yang dipinda adalah keimunitian raja-raja yang bersifat peribadi. Sebagai contoh, perkara-perkara yang melibatkan pinjaman kewangan dan sebagainya yang tidak melibatkan seseorang raja itu bertindak di atas kapasiti sebagai seorang sultan.

6. Menjawab pula kenyataan yang mengatakan bahawa UMNO menderhaka kepada sultan-sultan kerana meminda perlembagaan yang melibatkan keimunitian raja-raja. Pertama sekali, Perlembagaan Persekutuan bukannya boleh digubal melalui Mesyuarat Agung UMNO. Perkara ini dibincangkan di dalam Parlimen atau dalam terma lain, badan legislatif yang bertanggungjawab terhadap perkara ini.

7. Badan legislatif ini bukannya milik UMNO atau pun Barisan Nasional. Badan legislatif dianggotai oleh semua ahli Parlimen tidak mengira wakil dari parti kerajaan ataupun parti pembangkang. Bermakna jika penyokong-penyokong Pakatan Rakyat mengatakan bahawa keputusan pindaan tersebut adalah suatu penderhakaan, bermakna semua ahli Parlimen termasuk YB-YB PAS, DAP dan lain-lain pada masa tersebut adalah penderhaka kerana menyokong usul tersebut dan bukannya UMNO sahaja!

8. Dan rakyat jelata semua adalah penderhaka kerana tidak membuat apa-apa bantahan terhadap pindaan ini termasuklah manusia-manusia yang menuduh UMNO sebagai penderhaka.

9. Hehehe!

21 comments:

Anonymous said...

sebagai rakyat marhaen, aku tak kesah dilabel penderhaka. bknnya sultan2 bg duit sara idop aku.wakakka

Syameer Firdaus said...

ya bagus sekali tulisan awak! sebenarnya benda ni bukanlah masalah besar sebab kalau setakat tunjuk perasaan ni bagi je ISA kat dalang tunjuk perasaan ni macam zaman Tun Dr Mahathir dulu..... kalau dibiarkan benda akan menjadi macam api kecil yang akan marak! tangkap sahaja penderhaka semua ni!

Danial Izzat Zulbahari said...

sekarang ada segelintir rakyat jelata yang semakin lantang mempersoalkan kedaulatan raja-raja Melayu. mmg bahaya.

angelus said...

bosan lah topik ini....

Danial Izzat Zulbahari said...

hahaa. ah tick! kau bosan pn, kau still baca. hahaa

angelus said...

ape nak buat? Nak cari gaduh dekat blog kamu....

Danial Izzat Zulbahari said...

haha. bt the way, if u have any opinions about my writing, please be free to criticise me.

angelus said...

sure man...i would be very free to comment. You cant see my face here right? Can say anything i want...haha...tunggu dan lihat

Jack Wiseman said...

no7. konfem ke yb pas ngan dap sokong?

Danial Izzat Zulbahari said...

mestilah. pengundian usul kali ni adalah yg paling mudah dibincangkan.

mizbi said...

salam..

saya pun tergelak baca tulisan saudara.

saudara,

untuk meluluskan sesuatu usul di parlimen, mesti mendapat 2/3 drpd ahli dewan. saya nak tanya pulak, masa tahun 1993, bn dpt 2/3 kerusi dewan. walaupun ahli parlimen pas bantah, tak de maknanya. sebab majoriti besar. semestinya ahli parlimen tukang angguk umno ikot je ape kata 'tuan' dia. tuan dia suruh setuju, maka, dia stuju. walaupun pembangkang bantah, semestinya sia-sia melainkan kalau pas masa itu berjaya menafikan majoriti 2/3 dewan.

mengenai penderhakaan, saudara jgn cuba menyorokkan fakta yang mana annuar musa menabalkan sultan kelantan yang baru, kemudian penyokong umno menyamakan sultan dengan 'natang'. siapa yang lebih derhaka??

kalau saudara nak kata ds nizar dan pktn rakyat perak menderhakaa kepada sultan kelantan, saudara ibarat meludah ke langit, akhirnya ludah jatuh atas muka sendiri.

saudara boleh rujuk balik fakta. semasa sultan perak, sultan idris meminta tan sri ghazali jawi meletakkan jwtn sbgai mb, adakah tan sri ghazali jawi berbuat demikian?? sudah tentu tidak. sehinggakan sultan idris memprotes degn tidak mencukurkan jmbgnya dan memandu kereta api sendiri?? akhirmya, atas nasihat pm ketika itu, tan sri ghazali meletakkan jwtn dgn syarat bakal mb yg baru ditentukan oleh beliau.

maksudnya, kalaulah sultan ada kuasa nk pecat mb masa tu, sedah tentu baginda buat tapi memandangkan sultan takde kuasa, jd tetap tak boleh. saya pun tk tahu mcm mana saudara tafsir undg2 tubuh kerajaan negeri perak. semoga penafsiran yang tepat dibuat oleh saudara. walaupun bdn judisiari di negara kita tdk ada satu standard pentafsiran undg2, seharusnya pengamal undg2 mentfsirkan secara bijak. bukan ikot hawa nafsu dan kepentingan politik.

waalahua'lam.

Danial Izzat Zulbahari said...

saudara, usul itu mndapat sokongan semua ahli parlimen. siapa kata YB Pas tak menyokong. semak sejarah balik ye sebelum bkata-kata.

ANGKATAN PERPADUAN ANAK MELAYU (APAM) said...
This comment has been removed by the author.
mizbi said...

kalau mcm tu, siapa ahli parlimen pas ketika itu??

dan siapa pulak ahli parlimen pas yg bersetuju?? yb kwsn mana tu??

saya cuma nk evidence..

saya nk bndgkan fkta saudara dgn fakta yg sya ada..

Anonymous said...

arghhh. rmai lantang persoalkan kedaulatan raja2 mesti sebabnyaaa...

Unknown said...

danial,
aku nak tanya:

Brape jumlah pembangkang mase tu kat parlimen mase tu?

boleh bagi bukti YB pas sokong?

Danial Izzat Zulbahari said...

aik??? anda penyokong PAS kan.. carilah buktinya sendiri..

Unknown said...

takde ker?lain kali jgn tulis ianya fakta,ckpla terus terang ianya sekadar bingkisan pemikiran penulis..huhu...danial,danial

Danial Izzat Zulbahari said...

nilah perangai org PAS. tak hbis2 mencari kesalahan org. ptama jika anda ingin bdebat anda sediakan la fakta terlebih dahulu sebelum asyik mempersoal tanpa memberi fakta.

mudah saja nk bgtau siapa YB-YB PAS yg tlibat. Allayarham Fadzil Noor, Lim Kit Siang, Karpal Singh semua terlibat dan menyokong.

dan, klu benar la PAS ini yang memperjuangkan sebuah pjuangan Islam, kenapalah sampai sekarang masih tak sedar2 menyokong pjuangan DAP yang teang-terang ingin menghapuskan Artikel 3 dan Artikel 152 serta Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan. Tau tak artikel-artikel tu bincangkan pasal apa? anda carik sendiri. kerja rumah utk anda agar tidak asyk-asyk mempersoalkan sahaja.

dan utk pengetahuan anda, badan Parlimen berfungsi secara "bersatu" yakni kerajaan dan pembangkang bergerak seiring. dan segala usul yg tercapai adalah keputusan yg dihasilkan daripada badab legislatif.

kalau kurang faham, anda kaji ilmu perundangan parlimen terlebih dahulu.

terima kasih di atas komentar anda. =)

looking forward said...

Daniel ko kne blaja const ngan aziz bari.. haha..kene faham konsep legislatif tu ape n how its work..
fakta:tengku razaligh hamzah(BN-Gua Musang)membantah.boleh bace kat blog die..

Danial Izzat Zulbahari said...

owh. terima kasih atas sumbngan fakta tersebut..

Pages