2. Kita harus sedar dalam zaman teknologi yang serba moden ini, kita perlu menerima hakikat bahawa pengetahuan para pelajar kita tehadap matapelajaran sains dan matematik sangat penting untuk mengelakkan negara kita daripada ketinggalan dalam mengejar arus globalisasi yang sangat pesat membangun pada setiap saat.
Dan kita bukan sahaja ingin mengejar kegemilangan teknologi, bahkan kita juga ingin meninggalkan era yang mana kita menjadi bangsa pengguna. Pada masa kini, matlamat kerajaan adalah untuk menjadikan tamadun kita sebagai sebuah bangsa pencipta pada masa akan datang.
3. Kita tidak akan dapat menjadi bangsa pencipta sekiranya kita terus menggunakan Bahasa Melayu sebagai medium pengajaran dan pembelajaran dalam matapelajaran Sains dan Matemati. Hal ini kerana segala terma dan frasa yang pada asalnya diambil daripada Bahasa Inggeris harus diterjemahkan ke Bahasa Melayu terlebih dahulu dan hal ini pastinya akan memberikan ruang yang terhad kepada para saintis dan jurutera kita pada masa akan datang. Hal ini akan menyebabkan mereka tidak dapat bertindak out of the box sebaliknya akan terus mengikut dasar-dasar Barat.
4. Ada yang akan mempertikaikan perkara ini dengan menyatakan bahawa Jepun dan Korea Selatan masih mampu menjadi bangsa pencipta walaupun mereka menggunakan bahasa ibunda mereka sendiri. Perkara ini ingin saya bidas terlebih dahulu. Kita harus menerima hakikat bahawa Jepun dan Korea Selatan juga menggunakan Bahasa Inggeris pada era permulaan kemajuan mereka. Buktinya bagaimana kita dapat melihat Maharaja Meiji sendiri mengupah orang Inggeris dan orang Amerika untuk melatih dan memperkenalkan mereka terhadap dunia sains dan teknologi. Seterusnya setelah mereka berjaya menguasai ilmu sain dan teknologi tersebut, mereka mengalih aplikasi tersebut kepada bahasa ibunda mereka.
5. Dasar inilah sememangya yang kerajaan ingin laksanakan. Saya bersetuju dengan idea mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir yang berkaitan dengan teori keilmuan tamadun. Hakikat teori evolusi keilmuan ini dapat dibuktikan dengan melihat sejarah tamadun-tamaadun agung pada masa lampau. Bagaimana kita melihat Tamadun Islam mempelajari dan mengaplikasikan Bahasa Yunani dalam ilmu mantik dan falaq mereka. Dan seterusnya menukar kembali kepada Bahasa Arab setelah mereka berjaya menjadi sebuah tamadun yang agung.
Begitu juga dengan Tamadun Inggeris yang mempelajari dan mengaplikasikan Bahasa Arab dalam ilmu sains dan matematik meraka sebelum menukar kembali pengaplikasian tersebut ke dalam Bahasa Inggeris seterusnya pengaruh Bahasa Inggeris sangat dominan pada zaman ini.
6. Perkara inilah yang ingin kita laksanakan untuk membentuk sebuah Tamadun Melayu yang agung dalam ilmu sains dan teknologi pada masa akan datang.
7. Kita harus sedar perkara ini mungkin mengambil masa lebih seabad untuk kita berjaya menjadi bangsa pencipta dan kickstart inilah yang diperlukan dalam mencapai misi agung ini. Bukannya niat untuk membelakangkan bahasa sendiri, tetapi untuk mencapai sesuatu misi yang bermanfaat, kita harus berkorban sedikit terlebih dahulu sebelum mencapai kegemilangan. Insyaallah.
25 comments:
adakah anda mengatakan bahawa pencapaian bn selama hampir 50 tahun memerintah negara sebagai gagal kerana menggunakan bahasa melayu. adakah 7 tahun ini tahun kegemilangan?
kan saya dah ckp, perkara ini memakan masa. hatta mungkin melebihi 1000 tahun. dan suatu kickstart sangat diperlukan.
ini bukan madah politik semata-mata tetapi kita berbicara secara ilmiah. moga difahami. jika ada kesilapan yg dilakukan spnjang pemerintahan BN, apa salahnya jika kita ubah kpd kebaikan.
org tua yg berwawasan tggi!
hahaha.
i xtau nk comment ape actually.
;DD
btw,nice blog!
haha. izatie, anda mmg over tau!
Bm adalah bhse ibunda. Bkn kte x mnyokong bi. Ppsmi skadar mainan krajaan. Ade udang d sbalik batu. D mane kekuatan org melayu klu tdk pde bhsenye? Ya,sye myokong ppsmi, tp bkn pde pringkat rendah.
Dato' a samad said,dato' dr hasan ahmad,dr shaharil mohamad zain. Mereka semua adalah sasterwan dan ahli bhse yg cintakn bm. Mereka juga x mnyokong ppsmi. Apa komen anda?
mmg la mereka mncintai bahasa melayu. cuma kita juga harus mncontohi Tamadun Arab dan Tamadun Inggeris yg sedia berkorban sedikit pada awlanya seperti yg sy tulis pd posting ini.
hal ini kerana kesan akhirnya, kita ingin menggemilangkan bahasa melayu sebagai sebagai bahasa global pada masa akan datang. bukankah ini juga tanda mncintai Bahasa Malayu dan juga Tamadun Melayu itu sendiri.
by the way, thx for your argument. =)
hoho danial. mtk tlg tkr address aku. skrg basuhbaju.blogspot.com..
nnti aku add kau sejak blog ko ni ada tema (tema politik).. :)
btw, utk isu ni, aku pon ada tulis sikit. kepada milow90 (yg dh private blognya), hanaffi dan yg lain2, sila baca. mungkin lepas baca tulisan danial dan aku- anda dapat membuat penilaian..
seperti yg saya katakan, tjuan PPSMI adalah untuk menjadikan Bahasa Melayu sbg bahasa yg dominan pada masa akan dtg.
saje nk tmpang lalu..danial ko kne tagged..dtgla blog akuh..kalo ko mls nk lyn buat² tk nmpak jer..
ok! =)
ya memang betul apa yang awak cakap! syabas!
terima kasih saudara. pjuangan ini baru bermula.
salam saudara..
lama tak jenguk blog saudara. tapi kali ini tertarik dengan posting yang baru.
saudara nyatakan td pada awlnya, jepun dan korea pun guna bi. mhrja maiji upah orang inggeris ajar rkyt dia. mksud saudara maknanya kita pun perlu ikut bi, kemudian dh phm br ikut bm. itu yg saya phm dr ayt saudara.
kalau mcm tu, sepatutnya kerajaan ajar dlm arab. sebab org barat dpt ilmu2 nie drpd tokoh2 islam. perubatan, kimia, matematik. semua tokoh2 islam yang menulis dlm bhs arab. baik kita belajar bhs arab drpd bi. silibus pun ikut kitab arab.lebih asli. kalau dh terjemah ke dlm bi, mesti akan ada tertinggal sedikit.
ppsmi yg kita bantah bukan sebab suka2. maruah bhs kita tidak dipandang. mungkin saudara fasih berbhs inggeris. sjk dr kecil dpt bljr bhs inggeris. saudara tgk tak org kg, org asli. mereka langsung tiada basic bi. tiba-tiba mengejut mengajar dlm bi.tidak kah saudara nampak pengajaran ppsmi byk memberi faedah kpd bgsa cina dan india. bila mcm tu, saudara juga akn pertikai knp org melayu ramai di ipta. sbbnya diorg pndai. melayu kurang pndai.
kita hanya sibuk perthankan institusi raja2 shj sbb isu penderhakaan dikaitkan dgn pembangkang.sdgkan yg dehaka org kerajaan sjk zmn mahathir. kalau nk suruh pembangkang mintak ampun dgn raja, semua pemimpin kerajaan perlu mohon ampun dgn raja dulu. sedangkan isu bhs kebangsaan lagsung tk dipandg oleh kerajaan. cuma di slogan, bantu melayu.jaga hak2 melayu. bantu melayu apa mcm nie?? ini haprak..
fikir2kanlah..
ikut silibus pndidkan orang arab? saya kira negara-negara arab sendiri menggunakan silibus daripada barat yakni bahasa inggeris dan silibus inggeris.
dan saya tertanya-tanya apakah penderhakaan org kerajaan terhadap raja-raja yg anda maksudkan?
saudara,
maksud saya bkn ikut silibus orang arab. kita guna kitab orang arab seperti ibnu sina, kanun fil al tib, kitab al-khawarizmi, al-razi dan sebagainya. bkn ke barat maju dgn sebab ilmuan islam.
jadi mksud saya, kalau kita wajar guna bhs inggeris sbb byk ilmu dlm bhs mereka, maka lebih wajar kita guna bhs arab sbb barat pon ambil dr ilmuan islam yang ditulis slm bhs arab.
mengenai penderhakaan, sape yang pernah tabal sultan bwh pokok ketapang thn 1993? bkn org kerajaan ke? sape orang yang mula2 mengurangkan imuniti raja2? bkn org kerajaan ke??
kalau saudara tak percaya, rujuk akhbar lama2 di arkib negara. byk akhbar lama2. rujuk dr tahun pertama tun mahathir jd pm smpi hr nie. ada jwpn dia..
salam,,
sori nk celah.ble ckp psl ppsmi ni, ak pn xpndi sgt.sedih ble tgk adik2 ak xphm stu ape pn blaja math dan sains dlm english..ppsmi..
kl org bandar.ok la sbb parents ckp english dgn anak2..yg org kg ni mcm mn?yela,kemudahan xcukup,cikgu x ramai yg blh ajar,yg ade pn satu dua je.kl nk ade kels tambahan lak,duit lak.subject english pn bdk2 kg x leh nk lulus,apa kn lg ppsmi.aku bkn nk sokong pembangkang atau suka salahkn kerajaan je.bdk2. mmg x pandai lg nk fikir,bkn mcm bdk2 ipt,blh la nk guna english ke,jepun ke,dah la term2 dlm math dan sains ssh,present tense dgn past tense pn bdk2 kg xleh nk bese lg..fikir la..demi masan depan anak bangsa.nnti nk slh kn sape lak kl orang melayu xpndi ckp melayu?
ternyata ada kekurangan dalam menyatakan bahawa jepun dan korea meggunakan bahasa inggeris dalam menguasai sains dan teknologi.
yang nyata adalah maharaja jepun yang menghantar para cendikiawannya ke negara-negara eropah dan amerika untuk mempelajari bidang tersebut yang sudah tentunya diajarkan dalam bahasa inggeris, dan tentunya amat perlu untuk menguasai bahasa antarabangsa tersebut.namun apabila pulang ke negara sendiri kesemua ilmu yang diperolehi tadi dieterjemahkan ke dalam bahasa ibunda mereka termasuklah pembelajaran dan buku-buku mereka.bukannya pulang mengajar bangsa mereka sendiri dengan bahasa asing yang dikuasai di luar negara seperti yang dilakukan oleh tanah airku yang tercinta ini.
sepatutnya itulah yang dilakukan oleh negara ini dan bukannya menukarkan bahasa untuk mengajar mata pelajaran tersebut ke bahasa inggeris.sesungguhnya perkara yang paling penting untuk mengatasi kelemahan bahasa inggeris itu adalah dengan menguatkan asas bahasa inggeris itu sendiri dengan penambahan kelas diluar waktu mengajar dan ini yang sepatutnya ditekankan oleh pihak kerajaan.adakah logik pelajar-pelajar yang lemah bahasa inggerisnya mahu diajarkan subjek matematik dan sains dalam bahasa terbabit? adakah ianya memajukan atau memundurkan kemajuan pelajar tersebut.penguasaan bahasa inggeris itu yang penting, dan jika itu diutamakan maka tidak ada masalah bagi pelajr kita terutamanya pelajar melayu untuk maju dalam bidang matematik dan sains jika bahasa inggeris lah yang menjadi permasalahannya.
jadi saudara katakan masa yang diperlukan 1000 tahun? dan hanya selepas itu mungkin ppsmi ini akan berjaya, jadi saudara bersetuju mengatakan bahawa tidak mengapa untuk mengorbankan generasi-generasi yang sebelum tercapainya matlamat ppsmi ini?
apa yang akan kita berikan pada generasi yang gagal dalam mencapai matlamat ppsmi, itupun jika ianya tercapai.jiak generasi-generasi sebelumnya gagal ataupun rebah kerana ppsmi ini mampu matang dan memimpin negara ini?jarak umur terlalu jauh saudara.apa saudara ingin mengatakan bahawa tidak mengapalah generasi sebelumnya jatuh kerana gagal menerapkan matlamat ppsmi dan tunggulah generasi yang mencapai matlamat ppsmi yang akan mengubah segalanya, sedangkan yang akan menerajui negara ini adalah generasi yang terdahulu yang mana ketika itu gagal dalam merealisasikan cita-cita palsu ppsmi.adakah ini adil dari pandangan mata kasar saudara? bagi saya mereka cukup tertindas,buktinya ranking Malaysia dalam pencapaian akademiknya di ranatu asia tenggara ini semakin merudum tahun demi tahun.mana statistiknya yang mengatakan pencapaian pelajar-pelajar kita sabab tahun terus meningkat sejak pelaksanaan ppsmi.
inagtlah apa dikatakan milow90 itu ada benarnya.segala apa yang dibangunkan senelum ini adakah gagal kerana penggunaan bahasa melayu?
tidak layakkah bangsa kita yang merdeka ini belajar ilmu-ilmu sains dan teknologi dalam bahasa yang menjadi kebanggaan kita ini.dimana identiti kita kalau menggunakan bahasa inggeris? perkara yang sudah dipermudahkan hendak disusahkan pula dahla subjeknya bukannya yang calang-calang hendak dipelajari,difahami dan dikuasai.
fikir-fikirkanla...
tamadun melayu yang wujud atas dasar pembangunan yang bukan berteraskan bahasanya sendiri, tidak kah pelik bin ajaib tu.
lupakah saudara yang dahulunya bahasa melayu itulah yang menjadi pembangunan tamadun bangsa melayu itu sendiri kerana penguasaan ilmunya dalam bahasanya sendiri....
untuk menjadi bangsa pencipta, kita perlukan PPSMI.
terima kasih kerana berkongsi idea dan pendapat.
untuk saudara mizbi, saya ade terangkan tentang isu imuniti raja2 di artikel yang baru.
moga sama2 mendapat ilmu.
malaysia bukan macam jepun...korang nak guna bahasa melayu selepas 50 tahun? selepas 100 tahun? bahasa ibunda bukan alasannya...
saya bersetuju dgn angelus. sejarah menunjukkan jepun juga tidak menggunakan bahasa mereka sbg asas pembentukan tamanadun berteknologi mereka.
terima kasih atas komentar anda.
Haih..macam2 jenis "lawak" aku jumpa dlam posting ni..
huHuh ada suruh pakai bahasa arab lah jdi silibus..ada yg ckp Jepun pun boleh bjya pki BHSA sendri..hehe variasi sungguh
tapi saya sokong PPSMI!
tntg penggunaan bhsa arab tu..kena selidik sejarah balik ye rakan2..pertama, ketika itu, org2 eropah berbuat demikian kerana tamadun Islam berada dipuncak. Semua ilmu sains dan teknologi dtgnya ketika itu dari dunia Islam. Namun, kalau anda semua "mahir" sejarah, apa faktor kegemilangan tamadun Islam ketika itu?? benda ini tjdi sebab mereka yg tdahulu (orang2 Islam)terpaksa belajar sains dan matematik dalam bhsa Yunani dan Parsi..maknanya, cedukan ilmu itu dapat dihasilkan dengan jayanya sekiranya kemahiran lingua franca ketika itu diutamakan..cendikiawan Islam zaman tersebut sendiri yg mengakui akn hal demikian..konteks hari ini, kita sedang mempraktikkan benda yg sama..salahkah?..justeru itu, PPSMI ini bukanlah bermotif politik..
tntg Jepun..kita kena sedar mereka adalah negara "penghasil" yg primer dlm industri (teknologi) sejak perang dunia kedua lagi. Penguasaan ilmu teknologi mereka juga pada peringkat awl didokong oleh bhsa barat sprti yg diceritakan oleh penulis blog ini namun hakikatnya, kita yang berada dalam dunia kelas ketiga dan sudah mengalami bebrapa siri penjajahan sudah tidak mampu untuk berbuat demikian suatu ketika dahulu..setiap jam,kertas kerja dalam sains dan matematik berubah..jikalau kita lambat sedikit shj, mundur lah kita..disebabkan itu,bhsa inggeris harus digunakan bagi kita mgejar ilmu trsebut agr tidak ketinggalan...hakikatnya juga...kita harus sedar bhwa proses penterjemahan mgambil masa yg sangat panjang..ini di campur masalah kesulitan badan2 penterjemah malaysia yg hanya ada 1 shj iaitu (ITNM)...
sudahnya, tidak menjadi masalah jika Jepun, Perancis,Germany,USA. UK mggunakan bhsa ibunda mereka sndiri sbb faktor diatas..negara India juga menggunakan konsep yg sama sperti ini, hasilnya teknologi IT mereka, USA pun kalah!!ini tak sebut pasal China lgi..anda faham2 sendirilah bagaimana cara mereka mengejar ilmu itu agar dapat duduk sama rendah,berdiri sama tinggi dgn negara2 barat..
kesimpulan, Melayu jgnlah takut belajar yg susah2 saja..bagaimana minda nk terbuka???kalau masalah pedalaman yg menjdi isu..kita latih saja guru sains dan matematik menjadi lebih mahir berbhsa..PIPP pun sudah menyuluruh sekarang,apa nak takot??
Yes if the truth be known, in some moments I can reveal that I agree with you, but you may be in the light of other options.
to the article there is quiet a suspect as you did in the fall publication of this solicitation www.google.com/ie?as_q=youtube google video grabber ?
I noticed the catch-phrase you suffer with not used. Or you partake of the dark methods of promotion of the resource. I possess a week and do necheg
Post a Comment