Friday, March 6, 2009

Kementerian Pelajaran Mesti Ambil Tindakan

“KUALA LUMPUR 5 Mac- Pelajar-pelajar di negara ini bukan gengster cuma nakal. Malah kes-kes disiplin membabitkan merekasejak akhir-akhir ini langsung tidak berkaitan dengan gengsterisme.”

1. Berita di atas dipetik daripada laporan akhbar Utusan Malaysia yg bertarikh 5 Mac 2009. Laporan tersebut adalah respon balas daripada Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Muhd. Dom yang menyifatkan bahawa masalah-masalah disiplin pelajar sekolah yang semakin kerap diperkatakan pada masa kini adalah sebagai masalah nakal dan langsung tidak berkaitan dengan elemen-elemen gengsterisme.

2. Boleh disimpulkan, apa yang ingin disampaikan oleh Datuk Alimuddin adalah masalah-masalah disiplin pelajar sekolah pada masa kini yang berlaku masih tidak mencapai tahap serius kerana masalah-masalah tersebut hanya bersifat nakal yakni sifat semulajadi kanak-kanak mahupun golongan remaja.

3. Saya sebagai rakyat Malaysia berasa sangat kecewa dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran ini. Apakah beliau masih tidak dapat melihat masalah disiplin para pelajar sekolah yang semakin serius dan berleluasa pada masa kini?

4. -Merokok

-Ponteng Sekolah

-Seks Bebas

-Pergaduhan Antara Kaum

-Buli

-Ecstasy

-Peras Ugut

-Bunuh

-Seks Luar Nikah

-Ganja

-Dadah

Pada hemat saya yang serba daif ilmu pengetahuan ini, perkara-perkara tersebut yang tercatat di atas adalah masalah-masalah yang sangat serius dan bukannya suatu masalah yang disebabkan nakal.

5. Mungkin Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia merasakan masalah-masalah tersebut sebagai sesuatu yang tidak serius kerana pelajar-pelajar sekolah kita hanya bersifat “NAKAL”.

6. Saya mencadangkan agar hukuman rotan dikembalikan semula ke dalam pelaksanaan disiplin di sekolah. Rotanlah pelajar-pelajar yang melakukan kesalahan selagi tidak mencederakan mereka. Kerana hanya hukuman rotan akan menyebabkan mereka sentiasa mengingati kesalahan-kesalahan mereka lantas tidak mengulangi lagi perkara-perkara tersebut.

7. Semoga tiada lagi golongan ibu bapa yang melatah melihat anak-anak mereka yang melakukan kesalahan dirotan guru.

5 comments:

Anonymous said...

dh takleh buat apa dh...

solusinya: berbaliklah kepada kerajaan menurut lunas2 islam...

wassalam

Danial Izzat Zulbahari said...

Insyaallah. itu yg kita sedang usahakan. perkara ini menutut semua pihak menggembleng tenaga ke arah itu.

perjuangan agama, bangsa dan negara sgt ditagih.

Anonymous said...

'kita' ? whaddaya mean by kita?

perjuangan agama sudah laa. takyah utk bangsa.wakakka

Jack Wiseman said...

rotan bukan jalan penyelesaian.

walaupun tidak ada peruntukan dalam buku peraturan sekolah, tapi seringkali hukuman rotan itu dijalankan juga. namun, keNAKALan tetap berlaku. maknanya hukuman rotan tidak efektif. betul atau tidak?

aku rase, kne upgrade sket hukuman tu. mungkin kita ubah tempat sasaran dalam merotan?

contohnya: dari merotan punggung atau tapak tangan, kita rotan muka. mungkin berkesan?

Danial Izzat Zulbahari said...

hahaha. rotan muka? membahayakan muka kan? sekarang amalan rotan x diamalkan. klu ade pn, sket sgt enforcement nye..

Pages