Friday, August 22, 2008

Mak Nyah: Tuhan Bersalah?

Melihat kepada isu “Mak Nyah” pada masa kini, timbul satu persoalan di benak pemikiran, mengapakah golongan ini yang secara lahiriah nya adalah lelaki boleh terdorong untuk mengubah fizikal diri kepada perempuan. Pada dasarnya, saya kira sebagai seorang Muslim, mereka tahu tentang implikasi yang akan menimpa mereka jika masih mengamalkan aktiviti ini, yakni dilaknat Allah swt.

Walaubagaimanapun, kebanyakan daripada “Mak Nyah-Mak Nyah” ini selalu memberikan jawapan yang sangat klise iaitu ini adalah takdir tuhan, bukan mereka mahukan dijadikan begini dan bermacam-macam lagi alasan yang umpama seperti mahu menyalahkan takdir tuhan. Saya kira jawapan ini sangat lah tidak rasional untuk diterima akal kerana pucuk pangkalnya ia harus bermula dari keikhlasan hati dalam menerima ajaran agama Islam yang suci.

Harus ditekankan di sini, dengan semakin bertambahnya golongan-golongan seperti ini, ia sekaligus menunjukkan bahawa peradaban pada zaman Jahiliyah seakan-akan kembali menguasai dunia ini. Penting untuk diingatkan kepada semua “Mak Nyah-Mak Nyah” ini bahawa kembalilah ke pangkal jalan dalam meniti hidup yang mendatang. Kerana pintu untuk bertaubat sentiasa terbuka di sisi Allah swt. Dengan kata lain, jangan lah golongan-golongan ini terus cuba untuk memprovokasikan apa yang mereka lakukan ini sebagai takdir tuhan semata-mata.

No comments:

Pages

0 comments: