Saturday, July 3, 2010

Sakit Itu Nikmat Allah!

Assalamualaikum wbt. Salam sejahtera.

Sakit. Derita. Duka. Kita sering atau mungkin pernah merasai "rasa" ini. Rasa yang acap kali membuatkan kita patah hati, derita, dalam bebanan dan berbagai lagi terma lain yang boleh digunakan untuk melambangkan perasaan manusia ketika mengalami sakit.

Ada yang sakit disebabkan menghidap penyakit. Yang hanya menunggu maut. Ada yang derita ditinggal kekasih. Ada yang duka kerana gagal dalam karier mahupun pelajaran. Ada yang derita kerana kononnya fizikal tidak cantik. Ada yang derita kerana sering disisih. Jutaan sebab membuatkan kita berduka dan sakit.

Secara fitrahnya, memang benar manusia akan mudah rasa pedih dan derita tersebut. Dan disebabkan itulah kita perlukan sebutir antidot untuk mengubati sakit tersebut. Salah satunya adalah dengan memupuk keyakinan hati dan jiwa terhadap anugerah sakit yang dialami.

Kenapa saya katakan sakit ini sebagai suatu anugerah sedangkan rasa sakit membuatkan manusia derita? Hal ini adalah kerana rasa sakit itu adalah daripada Allah. Dan kita semua tahu Allah itu adalah pencipta kita yang agung. Bukankah Pencipta kita itu Yang Maha Bijaksana lagi Maha Bertimbangrasa. Pasti Dia lebih tahu apa hikmah dan kebaikan di sebalik rasa sakit yang Dia anugerahkan tersebut.

Manusia sebagai hambaNya yang hina hanya perlu bersabar dan benar-benar yakin bahawa Allah telah melakarkan kebahagiaan di balik penderitaan tersebut. Keyakinan bahawa Allah itu Maha Penyayang perlu benar-benar kukuh dan konrit di sanubari setiap Muslim khususnya. Allah ada berfirman, ”Dan Allah menyukai orang-orang yang sabar.” (Ali Imran:146).

Nabi Muhammad juga ada bersabda ”Sungguh unik perkara orang mukmin, sesungguhnya semua perkaranya adalah baik. Jika ia mendapat kebahagiaan, ia bersyukur dan jika ia mendapat ujian ia bersabar, maka (hal itu) merupakan kebaikan baginya.” (HR.Muslim)

Maka sebagai hambaNya, bersabarlah kita. Tanamkan di dasar jiwa keyakinan untuk melafazkan dialog "sabarlah sebentar, selepas ini Allah akan memberikan kebahagiaan kepadaku.. Bersabarlah sebentar. Allah sayang aku.." tiap kali dilanda kesakitan atau musibah.

Yakinlah sentiasa setiap derita yang melanda itu akan ada hikmah dan kebaikan di balik berlakunya musibah tersebut. Kita wajib untuk bersyukur kerana Allah memilih kita untuk berasa sakit. Ianya adalah suatu nikmat yang tidak ternilai. Sungguh rugi orang yang mengeluh apabila dilanda derita. Ini kerana Allah memilih kita untuk mendampingiNya dan makin kerap "berkomunikasi" denganNya.

Syukur Ya Allah. Kerana masih anugerahkan aku sedikit kudrat untuk menulis.

Thank You Allah.

Thursday, June 24, 2010

Muslim Oh Muslim: Sedarlah

Assalamualaikum wbt.

Saya bersyukur kerana masih dianugerahkan kudrat untuk menulis sedikit walaupun kesihatan tidak berapa baik. Tanpa mahu berbasa-basi, terus masuk ke main point. ISLAM. Apa sebenarnya yang kita dapat apabila Muslim bermusuh. Dengan berdendam. Dengan berburuk sangka. Politik sekarang adalah pisau yang menghakis semangat persaudaraan Muslim di Malaysia. Kita tidak mahu itu. Kita mahukan penyatuan dan dimulakan dengan kesedaran. Dengan pemahaman dan kefahaman. Ditambah dengan keyakinan.

Buat penyokong UMNO: UMNO masih tidak nampak berada di dalam tarbiyah.

Buat penyokong PKR: PKR bukan memperjuangkan Islam. Hanya kesamarataan sesama rakyat. Hanya memperjuangkan nasib pemimpinnya.

Buat penyokong PAS: PAS perlu keluar daripada kepompong "mengkafirkan" orang dan gunakan laras bahasa yg berhikmah ketika berdakwah.

Buat penyokong DAP: Semaklah kembali perjuangan mereka. Jangan menyokong membuta tuli(terutamanya Muslim)

Kita mahu pengislahan. Kita mahukan pembaharuan. Pembaharuan di dalam politik dan kehidupan; agar kita Muslim dapat bersatu dan Syariah itu tertegak di bumi Allah ini. Caranya m udah. Kita didik diri dengan asas-asas yang betul. Ibadah, ikhtilat dan sebagainya. Semua bermula dengan diri sendiri. InsyaAllah kita mampu.

Tuesday, June 15, 2010

Ikhlas daripada Adam kepada Hawa

"Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi..."

"Hadirku bukan untuk menunjuk kuasa
Hadirku bukan untuk menguasai segala
Hadirku kerana cinta ini kurasa
Hanya ingin membimbing kehidupan
Untuk kita menjadi soleh dan solehah
Agar kita berbahagia di dunia
Dan di Taman Jannah kelak..."

mood: sakit-sakit tulang belakang . Mohon Allah kuatkan smngat. Mohon antum doakan kesihatan ana.

Tuesday, May 11, 2010

Where is Our Concern?

Assalamualaikum wbt.

In the name of Allah swt, I am very grateful for still been given the ability to breath and live. Live with prosperity. Live with harmony as a Musleem. Alhamdulillah. The topic for this posting is about our brothers and sisters in Palestine.

Yes, we live happily in Malaysia. We live in prosperity. Alhamdulillah. But at the same time we must not forget about our Musleems in Palestine. About their sadness. About their sorrow. About their dignity. About their charity.

Yes, perhaps we cannot provide the military services as we also are not really strong on that point. But the important thing that we have to take note here is that we have Allah. Is it very hard for us to pray to Allah for the Musleems in Palestine at least?

If it is very hard to pray a du'a for them, it's bad. Very bad for us to be a Musleem in such a well condition.

Today may be the day for the sadness of the Palestinians, tomorrow we might be in such their condition. Who knows? So take action now. Give our sincere du'a. Do some charity. For the children there. For the people. For the Musleems.

It's not only their problem, but ours.

Ours.

As an Ummah.

Where is our concern?

Friday, May 7, 2010

Allah SWT Maha Penerima Taubat

Asalamualaikum wbt.
Dimulakan dengan memuliakan Allah swt yang Maha Perkasa, yang Maha Agung, yang Menguasai seluruh pelusuk alam dan yang Maha Pencinta.

Alhamdulillah, umur masih lagi dipanjangkan Allah untuk hidup di bumi Allah yang serba indah ini. Hidup sebagai khalifah Allah adalah satu tanggungjawab. Tanggungjawab yang besar amanahnya dan besar juga ganjarannya.

Pada posting kali ini, diri ini terpanggil untu membicarakan tentang kepentingan bertaubat terhadap segala dosa yang telah dilakukan. Sudah menjadi fitrah manusia yang diberikan nafsu dan godaan iblis, manusia amat mudah untuk melupakan peringatan dan larangan Yang Maha Esa. Pada saat inilah teruji keimanan dan keikhlasan kita untuk mengabdikan diri kepadaNya.

Walaubagaimanapun, kita sering gagal. Itu memang suatu fitrah. Fitrah manusia yang sangat lemah dan hina di sisi Allah swt. Oleh sebab itu, usahlah kita berlengah untuk bertaubat dan memohon keampunan kepadaNya. Sesungguhnya Allah swt amat gembira apabila hamba-hambaNya memohon taubat dan keampunan kepadaNya.

1. “Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri.” (QS. Al Baqarah: 222)

2.“Katakanlah: “Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. Az-Zumar: 53)

3“Jika kalian melakukan kesalahan-kesalahan (dosa) hingga kesalahan kalian itu sampai ke langit, kemudian kalian bertaubat, niscaya Allah SWT akan memberikan taubat kepada kalian.” (Hadist diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari Abi Hurairah)

4.“Tidakkah mereka mengetahui, bahwasanya Allah menerima taubat dari hamba-hambaNya dan menerima zakat, dan bahwasanya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang? .” (QS. At-Taubah: 104)

5“Dan Dialah Yang menerima taubat dari hamba-hambaNya dan memaafkan kesalahan-kesalahan.” (QS. Asy-Syuuraa: 25)

6.“Maka barangsiapa yang bertaubat (di antara pencuri-pencuri itu) sesudah melakukan kejahatan itu, dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha pengampun lagi Maha Penyayang. (QS. Al Maaidah: 39)

7.Tuhanmu telah menetapkan atas diriNya kasih sayang, (yaitu) bahwasanya barangsiapa yang berbuat kejahatan di antara kamu lantaran kejahilan, kemudian ia bertaubat setelah mengerjakannya, dan mengadakan perbaikan, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. Al An’aam: 54)

8.“Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu (mengampuni) bagi orang-orang yang mengerjakan kesalahan karena kebodohannya, kemudian mereka bertaubat setelah itu, dan memperbaiki ( dirinya) sesungguhnya Tuhanmu sesudah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. An-Nahl: 119)

9.“Sesungguhnya jikalau mereka ketika menganiaya dirinya datang kepadamu, lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulpun memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang." (QS. An-Nisa: 64)

Semoga dengan sedikit perkongsian daripada kitab suci Al-Quran ini sedikit sebanyak memberi kita nikmat kesedaran dan keinsafan betapa Maha Penyayangnya Allah swt. Semoga kita semua berada di dalam perlindungan Allah swt dan sama-sama kita mengejar cintaNya yang Maha Agung. Wassalam.

Friday, April 23, 2010

Jangan Salahguna Parlimen!

Assalamualaikum wbt.
Dengan nama Allah yang Maha Pencinta.

Pada posting kali ini, saya berasa terpanggil untuk mengutarakan isu seperti yg telah saya jadikan sebagai tajuk pada penulisan saya kali ini. Kenapa Parlimen disalah guna. Saya cuba fokus kepada isu "1 Malaysia =1 Israel". Isu ini telah dimulakan oleh Ketua Pembangkang di sidang parlimen beberapa hari yang lepas.

Apa yang menyebabkan saya tidak berpuas hati adalah kerana Parlimen bukanlah tempat untuk mana-mana parti politik membuat sebarang perkara yang akan memberikan keuntungan peribadi masing-masing. Parlimen adalah tempat yang mana Wakil-Wakil Rakyat yang telah dipilih dalam pilihan raya untuk menyuarakan pendapat dan berbincang untuk kepentingan agama, rakyat dan negara.

Isu yang diketengahkan oleh Ketua Pembangkang ini jelas tidak selari dengan objektif penubuhan Parlimen itu sendiri. Jika mahu memburukkan parti lawan, gunakanlah alternatif lain. Parlimen sama sekali bukan tempatnya. Parlimen adalah untuk kepentingan rakyat. Bukan untuk publisiti murahan ataupun tempat untuk menyerang apa-apa perkara yang bersifat peribadi mana-mana wakil rakyat.

Saya juga berasa pelik, Ketua Pembangkang ini tidak membuat sebarang homework kah tentang gagasan 1 Malaysia ini. Sehinggan sanggup mengatakan bahawa gagasan ini meniru konsep 1 Israel yang sebenarnya tidak pernah sama sekalipun kerana konsep 1 Israel ini adalah gagasan yang dicanang oleh 3 parti politik Israel untuk bergabung dalam pilihan raya negara itu.

Saya sangat risau jika ada rakyat jelata yang termakan dengan propaganda kafir-mengkafir ini. Kenapa sesama Muslim harus bergaduh dengan menggunakan isu musuh Islam. Konsep 1 Israel yang dituduh oleh Ketua Pembangkang ini sangat jauh berbeza dengan roh dan semangat 1 Malaysia yang mana secara amnya 1 Malaysia ini adalah untuk mempuk perpaduan negara di samping menggalakkan 8 konsep kendiri.

8 Nilai kendiri yang ingin dipupuk dalam gagasan 1 Malaysia adalah seperti berikut:

Nilai 1: Budaya Kecemerlangan

Nilai 2: Ketabahan

Nilai 3: Rendah Hati

Nilai 4: Penerimaan

Nilai 5: Kesetiaan

Nilai 6: Pendidikan

Nilai 7: Integriti

Nilai 8: Meritrokasi

Sekali lagi saya sebagai seorang rakyat Malaysia ingin mengingatkan semua Ahli Parlimen, jangan salahgunakan Parlimen. Parlimen adalah untuk kepentingan rakyat jelata. Anda adalah wakil kami. Bukan untuk kepentingan mana-mana parti politik atau para pemimpin termasuklah pihak kerajaan mahupun pakatan pembangkang. Jangan sehingga rakyat jelata hilang hormat terhadap YB-YB sekalian.

Thursday, April 22, 2010

Parlimen Hulu Selangor: BN atau PKR?

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Debaran Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor kian terasa. BN diwakili oleh Ketua Penerangan Pusat MIC, Saudara P.Kamalanathan. Sementara PKR pula diwakili oleh bekas Menteri, Datuk Zaid Ibrahim. Tiada banyak yang untuk diperkatakan. Cuma secara tiba-tiba profil dan sejarah Datuk Zaid Ibrahim diungkap. Perkara yang sama tidak berlaku kepada calon BN pada pilihan raya kecil kali ini.

Ramai beranggapan barisan pembangkang yang dianggotai oleh PKR, PAS dan DAP tidak mampu untuk mencalarkan imej bersih P.Kamalanathan. Jika BN menang kali ini, ianya bakal menjadi seakan-akan batu loncatan untuk BN kembali bernafas lega. Jika tidak, BN perlu bekerja lebih kuat lagi untuk membersihkan imej. Pembangkang juga mahu menang apatah lagi krisis dalaman PKR yg makin hangat berlaku dengan penarikan diri para pemimpinnya daripada parti tersebut. Jika PKR berjaya ditumbangkan BN pada pilihan raya kecil ini, ianya adalah suatu cerminan sokongan rakyat terhadap PKR yang semakin merudum.

Saya tidak berminat untuk berkempen terhadap mana-mana pihak pada posting kali ini kerana saya bukanlah ahli ataupun pemimpin kepada parti-parti ini. Hanya sekadar membuat sedikit penganalisaan dan penelitian sebagai rakyat negara ini terhadap perkembangan politik nasional masa kini. Semuanya terletak di tangan para pengundi. Terpekik berkempen tidak mencerminkan sebarang peluang untuk menang. Semoga para pengundi memilih pihak yang terbaik untuk bumi Hulu Selangor.

Selamat mengundi untuk para penduduk Hulu Selangor!

Sunday, March 21, 2010

Cerita Seorang Murabbi

Ketiadaannya dirasai
Hilangnya dirindui
Tawanya dikenangi
Bantuannya dihargai
Kasihnya dicintai

Lebih sepurnama sudah pemergiannya
Tabah mengejar cita-cita
Mengharung suka serta duka
Untuk menjadi panglima agama dan bangsa

Sesungguhnya,

Anak-anak usrahmu merindui
Segala ilmu dan kasih yang kau beri
Akan kami sematkan di lubuk hati
Memori bersama seorang murabbi

with love,
Danial.

khas untuk Abang Dhany Sarip.

Saturday, January 30, 2010

Jom Sertai Usrah KARISMA JIM =)

Apa ada dengan USRAH?

Assalamualaikum wbt. Salam sejahtera buat kalian.

Dimulakan dengan memuliakan Allah swt yang maha menerima taubat dan sanjungan selawat untuk kekasihNya yang dirindui, Muhammad bin Abdullah saw.

Lama sudah tidak menambah rencah di laman blog ini. Rasa terpanggil pula untuk bercerita mengenai kepentingan USRAH.

Secara ringkasnya usrah adalah satu platform untuk memperbaiki diri. Dengan adanya bantuan naqib dan sahabat-sahabat usrah, kita sama-sama akan dapat memuhasabah dan menimbal balik apakah perubahan yg berjaya dilakukan ataupun yg masih gagal diubahkan.

USRAH juga adalah suatu medan untuk menambah sahabat, mengerat ukhuwah dan juga suatu medium untuk menambah ilmu agama khususnya dan juga ilmu duniawi.

Setelah hampir 3 tahun setengan terlibat di dalam USRAH yg dinaungi oleh Jamaah Islah Malaysia sejak tahun 2006, jelas terasa perubahan dan kebaikan yang dapat dinikmati melalui USRAH.

Secara peribadi, apabila terlibat dengan Usrah, hati ini akan sentiasa membayangkan diri ini di tempat seorang naqib. Maksudnya, setiap kali ingin membuat suatu perkara, kita akan membayangkan adakah perkara yang kita lakukan itu sesuai atau tidak untuk mencerminkan keperibadian seorang naqib terutama dari segi ikhtilat, gerak kerja, ibadah dan lain-lain lagi perkara.

Semoga dengan menyertai aktiviti Usrah ini, diri kita semua akan sentiasa berada di bawah lembayung rahmat dan jagaan Allah swt. Dengan izinNya.

Monday, December 7, 2009

Semester Baru

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

7 Disember 2009.

Semester baru bermula di bumi UIAM. Alhamdulillah, pendaftaran kelas untuk semester ini berjalan lancar. Hanya yg membuatkan hati ini berat ialah apabila saya mempunyai kelas pada hari jumaat iaitu class tort law. Boring! Haha.

Misi untuk semester ini adalah pastinya meningkatkan CGPA saya yg tidak mencapai objektif pada semester yg lepas. Nak kena straight As untuk semua subjek sem ni.

Di bumi Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim ini juga kelihatan pelajar-pelajar junior yg baru memasuki UIAM Gombak. Ada yg bertanya pada saya tentang lokasi kelas. Haha.

Apa-apa pun permulaan semester ini nampak baik dan lancar. Abg Dhany juga ada memberitahu tadi bahawa usrah akan diadakan pada esok malam. Tak sabar rasanya utk bersua muka dengan sahabat-sahabat setelah lama bercuti(tak lama pun sebenarnya) =P

Dan pastinya dalam kita melangkahi hidup ini, pastinya akan diturunkan dugaan dan cabaran kepada kita oleh Allah swt. Oleh itu sama-samalah kita bertawakal dan berfikir positif serta bersyukur dengan dugaan-dugaan yg hadir.

Semoga Allah swt sentiasa melindungi kita semua dengan kasih-sayangNya. InsyaAllah.

Pages