Wednesday, January 25, 2012

Apa Ada Pada Politikus

1. Menjadi seorang politikus bukannya kerja mudah. Ianya satu amanah daripada Allah untuk dilaksanakan dengan baik untuk memakmurkan bumi Allah ini seperti tertulis dalam Al-Baqarah:30.

" Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat sesungguhnya aku hendak menjadikan seseorang khalifah di bumi "

2. Menjadi seorang politikus juga bukan suatu impian yang mesti diminta-minta. Apabila jawatan ini diminta atau didamba secara bersungguh, pelbagai natijah negatif akan melanda. Akan berlakulah pelbagai penyelewengan untuk kepentingan peribadi dan kroni. Segala kekayaan akan disimpan di dalam kantung sendiri.

Hadis nabi:

Wahai Abd Rahman Ibn Samurah janganlah engkau memohon sesuatu jawatan pemimpin (kepimpinan). Sesungguhnya jika diberikannya (jawatan pemimpin) dengan permintaan engkau (disebabkan cita-citamu), maka engkau akan diserahkannya tanpa ditolong (menanggung seluruh bebannya). Tetapi jika engkau diberika kepimpinan tanpa meminta (ditugaskan tanpa cita-citamu), maka engkau akan ditolong (untuk mengatasinya).” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

3. Seperti dinyatakan di dalam hadis di atas, jelas menunjukkan kepada kita semua bahawa jawatan atau pangkat bukanlah untuk diminta-minta sehingga menampakkan sifat itu kepada masyarakat. Jelasnya, masyarakat amat jelik dengan sikap tamak haloba ini. Adakah dengan kemegahan sebagai seorang pemimpin akan membuatkan kita mulia di sisi Allah SWT? Pastinya tidak.

4. Sebagai seorang politikus juga, yakni lebih tepat apabila telah menjadi anggota sebuah kerajaan, golongan pemimpin ini perlu bertindak lebih bersederhana terutamanya dalam hal ehwal yang melibatkan keluarga mereka.

5. Pastinya tidak molek, apabila kerajaan melancarkan segala polisi dan dasar negara yang meminta rakyat untuk berjimat cermat, tetapi pada masa sama, kaum keluarga si Menteri tidak pula berbuat demikian.

6. Usah bicara tentang itu hak mereka, kekayaan mereka. Maka, mereka punya suka. Alasan ini amat tidak masuk akal. Ini kerana apabila menjadi pemimpin, tugas tunjang adalah untuk memimpin dan menjadi denyut nadi rakyat.

7. Kalau ada kesukaran hidup dalam kehidupan rakyat, para pemimpin sepatutnya berasa lebih susah hati memikirkan apa modus operandi yang mesti digunakan untuk membantu mengubah nasih rakyat jelata.

8. Kalau anda jadi kaya dan hidup senang lenang kerana anda seorang bussinessman berjaya, itu tak ada masalah. Masalahnya pada hari ini adalah kerana anda seorang pemimpim. Pemimpin kepada negara ini. Atas dasar itu, kekayaan kantung kaum kerabat tak boleh diutamakan.

9. Bukan untuk menuduh, tapi boleh dibuktikan di kala rakyat jelata berdepan masalah kos sara hidup yang meningkat, kaum keluarga Pak-Pak Menteri ini tidak berdepan masalah. D i kala harga minyak naik, anak-anak Pak Menteri tidak mempunyai masalah untuk memandu kereta-kereta mewah. Tak dikira lagi dengan sahsiah dan akhlak yang saling bercampur gaul silang jantina tanpa mengikut syarak.

10. Kita bukannya dengki terhadap kekayaan mereka. Tapi ingatlah ibrah yang boleh diambil daripada sirah Rasulullah dan para sahabat. Apabila mereka meninggal dunia sebagai Khalifah umat Islam, berapa harta mereka di kala itu.

11. Jika seseorang bersedia menerima amanah ini, barulah anda layak menjadi seorang politikus!

Sunday, January 15, 2012

Cinta Itu Buta

Benarlah tika cinta sedang mengaburi hati
Segala prinsip boleh dilajak ke tepi.
Segala amalan yang dipegang selama ini
Hanya tinggal kata yang sudah tak dikotai.
Tarbiyyah yang didapati

Mudah saja diludah ke tepi.
Selalunya tak dapat menyangka,
Kerana cinta itu buta.

Kalau dulu teguh hijabnya,
Kini bagai sudah tak ingat dunia.
Arakian beruntunglah mereka yang menjaga cinta.
Cinta yang dipatri hanya keranaNya

Pages