Saturday, January 30, 2010

Jom Sertai Usrah KARISMA JIM =)

Apa ada dengan USRAH?

Assalamualaikum wbt. Salam sejahtera buat kalian.

Dimulakan dengan memuliakan Allah swt yang maha menerima taubat dan sanjungan selawat untuk kekasihNya yang dirindui, Muhammad bin Abdullah saw.

Lama sudah tidak menambah rencah di laman blog ini. Rasa terpanggil pula untuk bercerita mengenai kepentingan USRAH.

Secara ringkasnya usrah adalah satu platform untuk memperbaiki diri. Dengan adanya bantuan naqib dan sahabat-sahabat usrah, kita sama-sama akan dapat memuhasabah dan menimbal balik apakah perubahan yg berjaya dilakukan ataupun yg masih gagal diubahkan.

USRAH juga adalah suatu medan untuk menambah sahabat, mengerat ukhuwah dan juga suatu medium untuk menambah ilmu agama khususnya dan juga ilmu duniawi.

Setelah hampir 3 tahun setengan terlibat di dalam USRAH yg dinaungi oleh Jamaah Islah Malaysia sejak tahun 2006, jelas terasa perubahan dan kebaikan yang dapat dinikmati melalui USRAH.

Secara peribadi, apabila terlibat dengan Usrah, hati ini akan sentiasa membayangkan diri ini di tempat seorang naqib. Maksudnya, setiap kali ingin membuat suatu perkara, kita akan membayangkan adakah perkara yang kita lakukan itu sesuai atau tidak untuk mencerminkan keperibadian seorang naqib terutama dari segi ikhtilat, gerak kerja, ibadah dan lain-lain lagi perkara.

Semoga dengan menyertai aktiviti Usrah ini, diri kita semua akan sentiasa berada di bawah lembayung rahmat dan jagaan Allah swt. Dengan izinNya.

Pages