Friday, July 24, 2009

UMNO dan PAS: Berjuang untuk Islam

Assalamualaikum wbt. Selamat Sejahtera.

Saya berasa terpanggil untuk menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh kebanyakan ahli dan penyokong Pas yang mengatakan bahawa UMNO adalah sebuah part politik yang sekular dan tidak mahu Islam ditegakkan di bumi Allah ini sehingga ada yang berani mengeluarkan fatwa bahawa orang UMNO ini kafir. Amboi, berani betul orang ni ye mengkafir-kafirkan orang. Dah maksum agaknya. Yang peliknya, ahli-ahli Pas tidak pernah pula hendak menegur pemimpin mereka ini. Pelik bin Ajaib.

Wahai orang Pas, adakah anda sedar anda sedang menghukum saudara se-Islam anda sendiri? Hentikanlah perbuatan-perbuatan jahil seperti ini saudara-saudaraku. Harus diingat, UMNO juga misinya adalah untuk meletakkan Islam di hierarki tertinggi di bumi Allah ini. Jika benar UMNO ini menolak Islam dan "kafir", tidak akan diajar sistem perundangan Islam di universiti-universiti tempatan. Tidak akan diajar kepada para pelajar undang-undang bahawa Syariah itu wajib untuk dilaksanakan jika UMNO tidak mahukan Syariah. Jika benar UMNO ini kafir, boleh saja UMNO itu mengharamkan pengajaran tentang perundangan Islam di universiti-universiti. Sebaliknya UMNO mahukan para pelajar, golongan Muslim terutamanya untuk mendalami ilmu dan pengetahuan dalam bidang perundangan Islam.

Begitu juga dengan perkembangan sistem perbankan Islam dan sistem pendidikan yang berteraskan Islam. Kalau benar UMNO ini kafir, akan dirobohkan dan dilanyak-lanyak sahaja sekolah-sekolah pondok di negara ini. UMNO mahu Islam ditegakkan di dunia ini, tetapi harus diingat mekanisma dan modus operandinya berbeza dan lebih lembut yakni berhikmah. Kita harus jelas bahawa kita hidup di dunia yang kuasa dominannya adalah tamadun barat.

Maka untuk mencapai sebuah tamadun kerajaan Islam, pendekatannya haruslah dilakukan perlahan-perlahan dan bersistematik agar tiada pihak yang tersinggung apatah lagi kita hidup di bumi Malaysia yang mana tinggalnya masyarakat berbilang bangsa dan agama. Jika kita terus melakukan promosi besar-besaran inginkan sebuah kerajaan Islam, Islam itu akan dipandang tamak dan pentingkan diri oleh golongan bukan Islam.

Nabi Muhammad saw juga memulakan misinya untuk mengembangkan Islam dengan dakwah secara bersembunyi. Ini untuk mengelakkan masyarakat setempat daripada dilanda kejutan dan pastinya idea itu akan ditentang oleh golongan bukan Islam seperti mana yang DAP lakukan.

Oleh itu, Pas dan UMNO harus bersama-sama untuk menjalankan dakwah di bumi Malaysia ini kerana kedua-duanya adalah parti Islam agar Islam itu dipandang mulia oleh masyarakat. Begitu juga, jika ada kelemahan dalam pelaksanaan kedua-dua parti ini, ubahlah. Berubah sebelum rebah. Sekian. Wallahualam.

Sunday, July 19, 2009

Kutuk, Puji, Kutuk, Puji Balik

Malaysia baru lepas kalah dengan Manchester United 2-3. Ramai yang kata skuad bola sepak Malaysia dah berubah. Dah bagus. Semua orang memuji di sana sini.

Tahun 2001, Malaysia masuk final bola sepak Sukan SEA. Lawan Thailand. Orang kata skuad Malaysia makin bagus.

Tapi orang memuji skuad Malaysia ni sekali-sekala je. Lebih banyak dicaci pasukan ni sebenarnya. Menang siket, orang puji-pujilah. Lepas ni kalah, orang Malaysia yang maki-maki sendiri kata pemain-pemain Malaysia jaguh kampung etc.

Selagi rakyat Malaysia sendiri macam ni, sampai kucing bertanduk pun Malaysia tak akan masuk Piala Dunia. Terus sokong team negara lain je which is rakyat dorang tak pernah terfikir pun nak sokong Malaysia.

Yang paling penting, Stadium Bukit Jalil penuh dengan warna merah masa Malaysia(tanah air sendiri) lawan Man Utd. Perkara macam ni takkan berlaku di negara-negara gergasi bola sepak yang lain yang mana rakyatnya sentiasa akan mengutamakan maruah negara.

Friday, July 17, 2009

Tsunami: Mangsa Bertukar Rupa

Assalamualaikum wbt. Salam Sejahtera.

Saya tidak berminat untuk bertindak di atas kapasiti UMNO(sememangya saya bukan ahli UMNO pun) pada penulisan kali ini. Hanya cuba untuk merungkai apa yang berlaku sekitar Pilihan Raya Kecil di Manek Urai yang lepas sebagai seorang manusia biasa yang bertindak di atas pagar. Jika pada Pilihan Raya Umum Mac 2008 yang lalu, Barisan Nasional dianggap dikejutkan oleh gelombang tsunami politik pihak pembangkang(walaupun BN masih pemegang kerusia terbanyak di Parlimen), prinsip yang sama juga digunakan untuk dikenakan ke atas PAS dalam PRK di Manek Urai yang lalu.

Setelah berpuluh-puluh tahun PAS menjadikan Manek Urai sebagai kubu kuatnya walaupun BN pernah merampas kerusi DUN itu pada Pilihan Raya Umum 2004, namun pada kali ini kemenangan yang dicapai PAS tersangat-sangatlah rendah majoritinya iaitu hanya sebanyak 65 jumlah undi. Sesuatu yang sangat tidak dijangka oleh pihak PAS sendiri.

Mengapa perkara seperti ini boleh berlaku? Adakah kerana para penduduk di Manek Urai sudah jelak dan bosan dengan politik kafir-mengkafir pihak PAS? Ataupun pola perubahan di dalam UMNO mula kelihatan sejak teraju kepimpinan diambil alih oleh Datuk Seri Najib Tun RazaK? Ataupun adakah juga para penyokong PAS sendiri sudah mula menolak kepimpinan PAS yang lebih rela berjuang bersama dengan puak yang terang-terangan menolak Islam? Ataupun para penyokong PAS sendiri mungkin sudah meluat dengan krisis dalaman yang berlaku di dalam PAS akibat isu kerajaan perpaduan yang dicanangkan oleh Presiden mereka sendiri?

Mungkin juga disebabkan pemilihan calon yang bertanding telah mengubah persepsi penduduk-penduduk di Manek Urai untuk memberikan undian kepada BN. Namun apa yang jelas pada PRK Manek Urai kali ini, tsunami politik sekali lagi telah bergelora. Dan mangsanya kali ini ialah PAS. Saya tidak mahu katakan DAP dan PKR juga sebagai mangsa kerana gabungan yang dinamakan sebagai Pakatan Rakyat bukanlah sebuah pertubuhan yang sah dan berdaftar pun walaupun saya percaya kedua-dua parti ini juga merasai gelombang tsunami yang sama.

Walaubagaimanapun, PAS yang menjadi mangsa tsunami kali ini tetap menang di DUN Manek Urai seperti mana BN yang menjadi mangsa tsunami PRU 2008 masih memenangi kuasa majoriti di Parlimen. Akhir kata, prinsip tsunami politik telah berlaku yang akan membuka perspektif baru kepada dunia politik negara.

Monday, July 6, 2009

Sembang-Sembang

Assalamualaikum wbt. Salam Muhibah.

1. Dua tiga hari ini saya bagai sudah lali dan bosan dengan perkembangan politik di bahagian utara negara. Dari Kedah hingga ke Pulau Pinang. Isu rakyat dan sebagainya. Daripada kisah Kampung Buah Pala hinggalah kepada robohnya ladang penternakan babi di Alor Setar.

2. Saya juga terkejut dengan apa yang berlaku di dalam Pakatan Rakyat sehingga DAP Kedah mengisytiharkan keluar daripada gagasan yang tidak berdaftar itu. Semakin pelik apabila Lim Kit Siang sendiri mengakui bahawa Pakatan Rakyat di Kedah memang bergolak.

3. Begitu juga dengan isu diamnya kerajaan negeri Pulau Pinang dalam kes Kampung Buah Pala.

4. Ditambah dengan Pilihan Raya Kecil yang akan datang di Manek Urai, Kelantan. Politik Malaysia semakin tidak stabil. Untuk menambah rencah, UMNO dituduh mengamalkan ajaran Komunis dan ajaran Ayah Pin. Hebat sungguh orang yang menghukum ini.

5. Saya juga tidak sabar untuk mengetahui perkembangan wacana ilmiah yang akan dilakukan di antara Pergerakan Pemuda UMNO dan Dewan Pemuda PAS. Adakah ianya akan menjadi sebuah perbincangan yg ilmiah ataupun debat untuk menujukkan kelemahan lawan masing-masing.

6. Begitu juga dengan isu Presiden Parti PPP yang kini bagaikan mempunyai 2 org Presiden.

7. Saya juga tertarik dengan cetusan idea Perdana Menteri tentang pelaksanaan Biasiswa Nasional. Adakah kehadiran biasiswa ini yang 100% mengikut merit akan menggantikan biasiswa JPA yang sedia ada. Saya harapkan tidak. Tetapi elok jika biasiswa JPA diteruskan dan ditambah dengan Biasiswa Nasional ini.

8. Hanya di dalam tempoh tidak sampai sebulan, isu-isu di atas telah berlaku di dalam negara. Tidak sabar untuk melihat apa lagi yang akan berlaku. Saya malas untuk mengulas panjang isu-isu di atas dengan lebih terperinci. Hanya ingin meninggalkan persoalan kepada tanah air tercinta.

Pages