Friday, October 17, 2008

"Sokong UMNO haram, sokong DAP dan PKR tidak mengapa"

Ketika artikel ini ditulis, saya tertanya-tanya apakah sebenarnya perjuangan ataupun ideologi yang ingin dibawakan oleh Parti Islam Se-Malaysia(PAS). Setelah kajian dilakukan, apa yang saya dapati, parti yang merupakan serpihan daripada UMNO ini berjuang untuk membentuk sebuah negara yang berteraskan kerajaan Islam yakni kerajaan yang mengamalkan dasar-dasar Islam dalam segala aspek kehidupan.

Maka, selaku seorang yang beragama Islam, bukanlah perjuangan PAS ini yang ingin saya bidas. Sebaliknya selaku seorang mahasiswa yang meminati arena politik, saya mula memikirkan beberapa perkara yang mungkin menjadi intipati persoalan yang ingin saya kemukakan di dalam artikel ini.

Apa yang saya kira elemen yang menjadi intipati persoalan saya terhadap PAS ini adalah metedologi perjuangan mereka. Ataupun dalam bahasa mudahnya, mekanisma-mekanisma yang mereka gunakan sepanjang perjuangan mereka. Persoalan pertama yang ingin saya lontarkan adalah kenyataan PAS yang mengatakan bahawa sesiapa yang menyokong perjuangan UMNO ataupun parti-parti yang tidak mengikut lunas-lunas Islam adalah seorang Muslim yang tidak mengamalkan ajaran Islam secara holistik kerana tidak menjadikan Islam itu sebagai satu dasar yang merangkumi setiap aspek kehidupan. Sehinggakan pada pilihanraya umum tahun 1999 juga PAS dengan begitu angkuh melaungkan kempen "Undi PAS masuk syurga, undi BN masuk neraka" kerana Barisan Nasional tidak menjalankan dasar pemerintahan yang total secara Islam.

Kenyataan itu seperti yang diketahui setiap rakyat Malaysia saya kira tidak berapa rasional dalam metedologi perjuangan mereka. Pertamanya melihat kepada konsep ideologi mereka yang saya kira bercanggah dengan kenyataan mereka terhadap penyokong-penyokong UMNO. Ketika ini, PAS yang berjuang di dalam gabungan Pakatan Rakyat seolah-seolah melupakan apa yang pernah mereka nyatakan terhadap individu-individu yang tidak menyokong part-parti politik yang berteraskan Islam sebagai paksi utama.

Persoalan tunjang yang berlaku pada hari ini melihat kepada kenyataan para pemimpin PAS yang “menghalalkan” pula masyarakat Islam negara ini untuk menyokong perjuangan Parti Keadilan Rakyat(PKR) dan Democratic Action Party(DAP). Persoalannya, adakah kedua-kedua PKR dan DAP ini adalah parti-parti politik yang memperjuangkan dasar-dasar Islam. Saya kira setiap rakyat Malaysia mengetahui apakah sebenarnya ideologi yang dibawakan oleh PKR dan DAP. Kedua-dua parti ini bertindak secara liberal dan tidak termaktub langsung dalam objektif perjuangan kedua-dua parti ini untuk menegakkan Islam sebagai dasar utama negara jika mereka memerintah.

Apatah lagi dengan terang-terangan kita semua mengetahui bahawa konsep perjuangan DAP adalah untuk membentuk sebuah negara Malaysia yang berkonsepkan Malaysian Malaysia yakni pemerintahan berkonsepkan Islam tidak termaktub langsung dalam benak pemikiran para pemimpin DAP. Ditambah dengan kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mengatakan “Langkah mayat saya dulu kalau mereka hendak menjadikan Malaysia sebuah negara Islam” sebagai tindak balas terhadap kenyataan para pemimpin PAS yang berusaha gigih untuk menjadikan Islam sebagai tunjang utama pemerintahan negara.

Persoalannya kini, PAS menggalakkan pula rakyat Malaysia untuk menyokong Pakatan Rakyat yang terdiri daripada DAP dan PKR yang bukan memperjuangkan sebuah negara Islam pun yakni ianya jelas amat bercanggah dengan kenyataan mereka yang mengatakan bahawa setiap Muslim wajib untuk memperjuangkan parti yang menegakkan Islam. Saya kira kenyataan yang mereka lemparkan itu adalah khusus untuk para penyokong UMNO sahaja. Tetapi untuk menyokong PKR dan DAP yang tidak memperjuangkan Islam, itu tidak mengapa. Persoalannya timbul di situ. Adakah mereka ikhlas dalam memperjuangkan Islam atau pun hanya untuk menjatuhkan empayar UMNO? Hanya Allah swt yang maha mengetahui.

Maka saya dapat simpulkan bahawa perjuangan PAS untuk menegakkan sebuah negara Islam adalah gagal dari segi metedologinya ataupun dalam kata lain, kaedah-kaedah yang mereka gunakan dalam misi untuk mencapai perjuangan mereka. Maka, perkara ini yang perlu mereka ubah dan ambil secara positif. Mungkin artikel saya ini tidak dapat diterima oleh para penyokong PAS, tetapi itulah hakikatnya. Tiada maaf yang dipinta, kerana apa yang ditulis adalah ditulis dengan ikhlas sebagai seorang manusia yang beragama Islam.

-Danial-

Pages